Tuesday, August 11, 2026

Majlis Apresiasi PPHM & Perlis Culture Ride 2026

 Pada 1 Ogos 2026, suatu Majlis Apresiasi PPHM & Perlis Culture Ride sempena Festival Kraf Utara (FKU) 2026 telah diadakan di Kluster Homestay Kampung Rama, Sanglang, Perlis. Majlis tersebut dimeriahkan lagi dengan kehadiran YAB Menteri Besar Perlis, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, seni dan Budaya, Malaysia, Timbalan KSU (Kebudayaan), Timbalan KSU (Pengurusan),Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan Pengarah MOTAC Perlis.

Pelbagai acara diadakan seperti Persembahan Gendang Terinai, Demonstasi Gasing, Sajian Makanan Warisan, Pameran Perlis Geopark.

Dalam majlis tersebut juga telah diadakan majlis penyerahan sijil oleh YBhg. KSU MOTAC, untuk sijil pendaftaran Kluster PPHM kepada Kluster Homestay Kg Rama, sijil pendaftaran peserta & plak PPHM kepada Homestay Kouniti Kampung Rama, Sanglang dan Homestay Kampung Paya Guring, penyerahan sijil pendaftaran KampungStay kepada Kluster Homestay Kampung Ujung Bukit, Homestay Nakawan Perlis, Homestay Kampung Paya Guring, Homestay Felda Mata Ayer dan akhir sekali penyerahan sijil dan plak ASEAN Tourism Standard kepada Homestay Nakawan Perlis.





















Tuesday, June 23, 2026

Penubuhan Persatuan Homestay Perlis





Kini semua pengusaha homestay dibawah Program Pengalaman Homestay Malaysia (PPHM) akan bernaung dibawah Persatuan Homestay Perlis (PHP) bernombor pendaftaran PPM-007-09-22042026 . Jawatankuasa terkini PHP ialah:-


1

PENGERUSI

HJ ROMLE BIN HJ HASSAN (Homestay Paya Guring)

2

SETIAUSAHA

MOHD ASRI BIN MAT ISA (Homestay Nakawan Perlis)

3

BENDAHARI

KHAIREEN NISA BINTI HAMID (Homestay Ujung Bukit)

4

PENOLONG BENDAHARI

MANIS BINTI GHAZALI (Homestay Ujung Bukit)

5

AJK

JOHARI BIN DIN (Homestay Nakawan)

6

AJK

NOR AFIZA BINTI ABD RAHIM (Homestay Nakawan)

7

AJK

SALINA BINTI MOHD ASI (Homestay Nakawan)






Wednesday, June 10, 2026

Makanan/ masakan Tradisi dan Unik di Perlis (YouTube 3 jam)

Bagi pengunjung/ pelancong ke Perlis, bolehlah cuba makanan/ masakan tradisi Perlis di dalam YouTube ini, Kredit Destinasi TV Channel

https://youtu.be/TbJyUG6PvY4?si=tAnwIy1tNJ1hR7nd

Monday, July 21, 2025

Tawaran Iklan di web ini

 Pihak admin blog menawarkan ruang iklan dengan kadar bayaran RM50/ 4 cm2  untuk sebulan. 

Hubungi admin +601110749661 atau emailkan hasrat anda ke kthhcmataayer@gmail.com 

Saturday, July 5, 2025

Majlis Apresiasi PPHM & Perlis Culture Ride 2026

  Pada 1 Ogos 2026, suatu Majlis Apresiasi PPHM & Perlis Culture Ride sempena Festival Kraf Utara (FKU) 2026 telah diadakan di Kluster H...